Thursday, January 27, 2011

"Impossible"

I remember years ago
Someone told me I should take
Caution when it comes to love
I did, I did

And you were strong and I was not
My illusion, my mistake
I was careless, I forgot
I did

And now when all is done
There is nothing to say
You have gone and so effortlessly
You have won
You can go ahead tell them

Tell them all I know now
Shout it from the roof tops
Write it on the sky line
All we had is gone now

Tell them I was happy
And my heart is broken
All my scars are open
Tell them what I hoped would be
Impossible, impossible
Impossible, impossible

Falling out of love is hard
Falling for betrayal is worst
Broken trust and broken hearts
I know, I know

Thinking all you need is there
Building faith on love and words
Empty promises will wear
I know, I know

And now when all is gone
There is nothing to say
And if you're done with embarrassing me
On your own you can go ahead tell them

Tell them all I know now
Shout it from the roof tops
Write it on the sky line
All we had is gone now

Tell them I was happy
And my heart is broken
All my scars are open
Tell them what I hoped would be
Impossible, impossible
Impossible, impossible
Impossible, impossible
Impossible, impossible!
Ooh impossible (yeah yeah)

I remember years ago
Someone told me I should take
Caution when it comes to love
I did

Tell them all I know now
Shout it from the roof tops
Write it on the sky line
All we had is gone now

Tell them I was happy
And my heart is broken
All my scars are open
Tell them what I hoped would be
Impossible, impossible
Impossible, impossible
Impossible, impossible
Impossible, impossible

I remember years ago
Someone told me I should take
Caution when it comes to love
I did... 

p/s: lagu nie asyik bermain2 kat kepala otak nie.. demn!! arghh!!

Wednesday, January 26, 2011

Argghhh!!


tetiba je tadi K.A rasa mcm nak jadi hulk je
mana tak ya.. aku GERAM!!!
sampai je bilik tgk2 langsir kat bilik dah kena curi.. 
haish.. 
memang rasa nak maki je sapa yg curi nie.. 
yelah time tgh hari kan panas.. 
time tuh lak K.A maw tido..
terasa pancaran matahari terkena  kat muka nie..
penat je jaga muka.. last2 tido dalam panas.. demn!!
kenapalah bnyk2 langsir kat sini, langsir kat tingkap sebelah K.A yg diambik.. 
nie semua salah amin..dah taw nak kuar bilik, kuncilah bilik tuh..
nasib baiklah speaker K.A tak kena rembat.. 
kalo kena tadi, memang ku gegar satu blok nie.. 
tulah nadi K.A.. kalo xde tuh xblehlah nak dgr lagu atau radio.. 
dahlah satu hari nie kebosanan tahap melampau..
macam mana lah satu hari nie xde kelas..
mcm org bodo je tadi kat library..
duduk sowang, last2 keras..
sejuk giler.. arghhh.. 
nak study pown xde mood sbb terlampau sejuk..
ari demi ari dah berlalu tapi final project tak buat apae2 lagi..
mcm mana nie.. peningnya kepala nie memikirkannya..
lama2 boleh botak kepala nie..
yelah pk terlebih sgt..
erm.. ha tuh siren penjara dah berbunyi..
menandakan waktu makan dah tiba..
jom makan..

Sunday, January 23, 2011

Panahan Hidupmu


hidup ini umpama kita memanah pada satu sasaran
kita dah ada sasaran untuk kita panah
kita merasa inilah sasaran yang terbaik jika anak panah dilepaskan
tetapi apabila kita melepaskan panahan tersebut
terkadang panahan itu tidak tepat kena pada sasaran

kerna apa??
mungkin kita tidak tahu cara panahan yang betul
mungkin terdapat unsur-unsur lain yg menganggu panahan tersebut
atau mungkin kita tidak cukup bersedia untuk melepaskan panah itu
erm... tapi perlu ker kita berputus asa jika kita gagal??
perlu ker kita menangis jika kita tidak menepati sasaran itu??

tidakkan..
yang perlu kita buat hanyalah mencuba dan 
terus mencuba memanah ke sasaran dengan tepat
tak salah kalau kita ingin mencuba seberapa banyak kali 
walaupun kita tahu cubaan awal kita gagal
yang penting semangat untuk mencuba itu perlu ada dalam diri
dan kita perlu terima jika kita menghadapi kegagalan
kegagalan bukan bermaksud setakat ini perjuangan kita

tidak kawanku..
 kegagalan itu merupakan titik permulaan kita untuk berjaya
kesimpulannya, teruskan hidup walau apapun yang terjadi
jangan jadikan kegagalan itu satu alasan untuk kita berputus asa
berani menerima kenyataan walaupun kita tahu ia amat sukar
untuk kita hadapi
teruskan mencuba sehingga anak panah itu berada tepat pada sasarannya

Saturday, January 22, 2011

Balik Rumah


Akhirnya dapat jugak balik rumah.. walaupown kejap tapi bgi K.A ia tetap berharga.. dah naik muak makan kat dewan makan.. dapat jugak makan masakan ibu.. thanks mom.. sebenarnya hati nie rasa tak nak balik pown..yelah penat je dapat.. duduk dalam bas hampir dua jam.. pastu ambik tren, ambik bas dah dkat sejam lebih.. sampai2 umah je terus ke katil and rehatkan badan.. pergh selesanya dapat katil.. heheh.. actually xrehat mana pown.. jumpa katil, bukak laptop, on fb.. hahhaha...blog je baru pagi nie rasa mcm nak update.. mendung je pagi nie..nyaman betul rasa.. tpi esok dah nak gerak balik phg.. erm.. rasa mcm kejap je masa tu berputar.. pejam celik pejam celik, dah tiba hari esok.. cuti hari nie pown terpaksa keluar nak cari bahan tuk final project.. bnyk lagi hal nak selesai hari nie.. nak beli brg lagi.. ada je x cukup brg nak bawa balik sana.. padahal loker K.A  dah padat giler.. entah amenda lagi K.A nak sumbat.. haish..

Sunday, January 16, 2011

Tolong Aku..


seminggu tak update blog..
mana tak ye, takde line kat sini..
rasa nak menangis gak lah..
nie pown on9 kat umah member..
sempat gaklah meng-update apa yang patut..
heheheh.. =)
minggu nie K.A dah mula pening ngan final projek..
tak tahu nak buat apa..
tajuk nak submit minggu depan..
tapi idea still tak datang2..
memanglah tak datang
dah tiap2 masa DOTA je..
sampai tahun depan pown tak dapat nak pk tajuk apa..
lagipun skunk K.A dilanda sakit..
entahlah, sakit apa eks nie??
homesick maybe.. hahaha..
baru seminggu kat sini dah teringat rumah..
huwaa.. rindu rumahlah..
ada sapa2 bleh anta saya balik rumah??

p/s: kepada sesapa yg ada projek untuk saya, sila bgtaw saya secepat mungkin eks.. heheh.. =)

Monday, January 10, 2011

Memori Kau dan Aku


aku terimbas lagi segala kenangan antara kita..
kenangan yang mungkin tak dapat kita lupakan bersama..
kenangan yang membuat kau dan aku sentiasa tersenyum..
kenangan yang mengajar kita erti sebuah kehidupan..
kenangan yang menjadikan aku seorang manusia..

terkadang kita tersenyum mengenang segala apa yang terjadi,
walaupun penuh dibaluti luka seribu rindu..
terkadang kita menangis dalam senyum,
kerna kita tak sanggup membuat insan yang disayang terluka..
terkadang kita termenung apa yang berlaku sebenarnya,
kerna kita masih tidak faham erti sebuah kehidupan..
terkadang kita rasa ingin pergi jauh dari sini,
walaupun hati sentiasa diusung rindu..

aku terdiam disaat kata-kata itu dilontarkan..
aku kaku ketika engkau melangkah pergi..
aku lemah disaat engkau tiada disisi..
aku menangis ketika aku mengenang dirimu..

walaupun masih ada kebencian dihatimu..
mungkin caraku yang tidak engkau senangi..
tetapi aku tidak bermaksud untuk melukakan hatimu..
aku sedar siapalah aku dihatimu kini..
mungkin kau rasa aku tidak pernah wujud didalam dirimu..
aku hanya mampu menyatakan maaf sahaja..
walaupun telah banyak maaf yang aku katakan sebelum ini..
tetapi ingatlah, aku tidak pernah sesekali 
menyalahkan engkau dengan apa yang terjadi..

memang ku dambakan kehidupan seperti dulu..
keinginanku untuk berbicara denganmu amat kutunggu-tunggu..
tetapi apakan dayaku, engkau telah pergi jauh..
kata-kataku tidak lagi kau dengari..
rayuku tidak lagi engkau peduli..
aku disini hanya mampu mengatakan engkau sedang
berbahagia dengan hidupmu walaupun aku tidak tahu
apa yang terjadi pada dirimu..
aku cuma mengharapkan engkau baik-baik sahaja..

hadapilah kenyataan itu dengan redha..
anggaplah itu mungkin terbaik untuk dirinya..
walaupown masih ada sisa-sisa memori kita bersama..
jadikanlah itu sebagai kenangan yang terindah..

Sunday, January 9, 2011

Selamat Tinggal


hari2 yg dinantikan telah semakin hampir..
esok pagi-pagi K.A dah gerak ke Pahang..
yelah nak check in penjara.. hahah..
takdelah.. dah masuk belajar balik..
huarghh.. mesti tekanan dtg menimpa-nimpa..
sem last lah katakan..
macam2 nak kena buat..
mana nak wat final projectnya
mana nak studynya..
mana nak berbloggingnya..
ha berblogging?? 
nie pown masuk dlm list K.A ker??
hahahah.. mestilah.. wajib tuh..
10 mata kredit tuh... hahahah...
erm lepas nih.. maybe K.A akn jarang tuk berblogging..
sibuk giler2 lar katakan.. top student nih.. hehehe..
cet.. angkat bakul giler K.A nih.. hahaha..
tpi K.A akn sentiasa bersama2 kamoo sumer, k..
dun worry, K.A akn sedaya upaya mencuri masa 
walaupown sekejap tuk terjah kamoo semua..
mesti K.A rindukan kowang semua nanti..
=( 
eh mane bleh sedih2 nih..
nie blog senyumlah..
so kenalah senyum if kita ade masalah pown..
=)

Saturday, January 8, 2011

Menghitung Hari


Tinggal beberapa hari lagi nak masuk balik tempat yang rata2 menganggap seperti penjara itu..
erm.. ade 6 bulan lagi terpaksa menanggung derita.. 
aduhh.. memanglah rindu nak balik sana.. yelah.. 
nak jumpa teman2 yang paling aku rindu sgt2.. especially amin dan ajib.. 
rindu giler kat kowang.. 6 bulan xjumpa, agak2nya kowang mcm mane eks??
ker sama mcm dulu.. hahahah.. xpe nanti kita jumpa, k.. =) 
eeh xde nama mie lah.. hahahah.. lama kawe x bergocoh ngan demo.. hahahah.. 

Petang semalam K.A berabis duit semata2 nak beli stock makanan.. 
maggi antara makanan yg wajib dibeli.. heheh..then milo and yg paling K.A suka oat krunch..
wah dkat seratus gak melayang tadi.. huwaaa... mana nak cari duit lagi nie.. 
erm takpelah, biasalah tuh nak masuk balik kan.. memang aptut abis bnyk pown..
ermm nie pown ada lagi x beli.. erm.. duit.. duit..

tapi ada satu benda yg paling penting K.A paling runsing sebelum naik sem nie..
ada benda yang org tuh bagi kat K.A, xpulang2 lagi..
nak bagi kat dye balik.. tapi K.A takut sgt nak jumpa dye..
nak mesej pown pk dua tiga ratus kali..
entahlah.. pening, pening n pening..
kamoo ade balik ker mggu nih??
kalo tak nanti kalo kamoo ade terbaca post nie..
bgtaw balik biler eks..


Thursday, January 6, 2011

Senyumlah Dikau


berjalanlah dengan penuh harapan
walau kita tahu hidup ini tidak selalu bahagia
pagi yang indah belum pasti 
dapat menajanjikan tgh hari akan seindah seperti pagi
sedekahlah sebuah senyuman
walau di hati ini tidak lagi
mampu bertahan dengan apa yang terjadi
janganlah engkau berputus asa kerna 
allah sentiasa bersama-sama hambanya
belajarlah untuk memaafkan seseorang itu
walau diri mu terluka ditusuk sembilu tajam
berhentilah memberi alasan
walaupun ingin kita nyatakan kebenaran
memang kekadang kebenaran itu amat menyakitkan
untuk kita terima tapi yang pasti
itu merupakan takdir yang telah ditentukan
untuk kita belajar erti sebuah kehidupan
hiduplah kamu didalam iman
walau hari-hari kita dipenuhi oleh dugaan
berpeganglah kepada allah walau dia tidak kelihatan
sesungguhnya dia amat mengetahui 
apa yang telah direncanakan untuk hamba-hambanya
hadapilah dengan senyuman dan ceriakan hidup kamu
berduka tidak dapat mendatangkan apa-apa manfaat
kerana syaitan selalu mendekati orang yang sedang berduka
kita sebagai manusia hendaklah jadikan
apa yang terjadi sebagai iktibar untuk hari esok

Wednesday, January 5, 2011

Kala Hujan Di Petang Hari


erm.. hujan pulak petang nie...
tu lah kadang2 kita x menyangka
pagi yg indah tak akan berterusan hingga ke petang..
kadang2 hujan yang akan melanda..
begitulah kehidupan kita ini..
hidup xselalunya indah yang seperti kita harap2kan..
kdg2 kita akan dilanda duka..
tapi setiap yang terjadi ada hikmahnya..
kita hanya perlu sabar dan redha dgn ape yg telah ditentukan..
mungkin selepas ini ada yang lagi terbaik yg akan berlaku..

tgh2 hujan nie teringat lak K.A dgn lagu  kala hujan dari zamani.. syahdu je dgr lagu tuh tgh2 hujan nie.. 
lirik lagu dye pown begitu dekat dgn ape yang telah terjadi dulu.. jom dgr and nyanyi sama2.. 
tak salah sekali sekala menyumbangkan suara anda itu.. heheh.. =)



ketulusan senyumanmu
mengundangi sesuatu
sukar untuk ku gambarkan
ke dalam bentuk kata-kata


kekuatan sandaranku
ku dirikan masa lalu
luruh bagaikan dedaunan
di kala hujan angin datang


merembasi berkali diri bertanya
siapakah gerangan kau sebenarnya


aku yang semalam selalu berkata
tunjukkanlah dia pemilik jiwa


suci tak seberkas dosa
bisa mengenaliku
bisa terima diriku seadanya


dan aku tahu
keterlanjuran ucapanku
selamanya ini yang menghantu
diriku dari mendekatimu
kekasihku


ku tahu
pengalaman yang sebegitu
maksudku tindakan ku dahulu
mungkin akan jauhkan dirimu
kekasihku


ohhh.. dari aku
dari hati yang memerlukan mu


p/s: kalo nak dgr lagu nih, tolong pause lagu senyum kat bawah stalker box tuh..

Aku Lulus ^^,


Akhirnya semalam K.A berjaya juga mendapatkan lesen P
hahahha... nie tulis pown sbb terlebih excited..
yelah, ingat memang dah tak lulus..
dahlah awal2 hand brake lupa nak turunkan..
K.A dengan selambanya main jalan je..
last2 senyap.. senyap sbb mati enjin.. hahahah...
pastu dgn langgar batunya..
kalo batu kecik xpe, batu besar tuh..
abg JPJ tuh dah tegur dah "batu tuh!!"
K.A lak menganguk "ahaa batu tuh"
dgn muka tak bersalah pegi langgar batu besar tuh..
gedegang!!! erm.. lantaklah.. benda dah jadi..
sbnrnya K.A mmg nak elak.. 
tpi keta sebelah laju, so langgar jelah..
tapi nasib baik abg JPJ tuh baik
mmg masa awal2 dah kecewa dah..
ingat mmg fail lar nie..
tapi alhamdulillah, lulus jugak akhirnya..
terima kasihlah kpd blogger dan teman2 K.A yg mendoakan K.A..



mula2 dah cuak dah sbb time nie budak2 baru balik sekolah.. abislah kalo ade yg terlanggar.. tapi nasib baik semua berjalan dengan lancar..


tapi selepas selesai je semua mulalah K.A berlagak.. hahahahha...haish.. teruknya..



habis kena kutuk kaw2 ngan member.. actually K.A excited terlebih je.. tu saje wat status mcm tuh..

alhamdulillah.. selesai semua kerisauan dalam hidup K.A..
selepas nie tinggal nak concentrate pada study je..
 kejar cita2, kejar impian, then kejar cinta..
kejar cinta?? dah xpenting dah kot.
dua yang depan tuh kena kejar dulu...
aku bukanlah terbaik tuk menjadi yang terbaik 
tapi aku akan cuba jadi yang terbaik dari yang terbaik..
Insyaallah..

Monday, January 3, 2011

Penat sangat-sangat!!



masih tak puas lagi K.A berehat kat rumah..
yelah setelah dua hari K.A bercuti ke genting..
besh gilerlah K.A berada kat sana..
boleh dikatakan seumur idup K.A,
nielah baru pertama kali menjejakkan kaki ke tempat tuh..
pergh.. udara yg nyaman dan sejuk..
selesa betul.. tpi yg tak selesanya..
permainan kat sana.. argghhh..
sakitnya leher nih.. 
rasa nak tercabut pown ada..
fobia K.A.. maybe yg pertama dan terakhir main kat situ..
hahahaha.. bkan ape, K.A mmg gayat..
entri tuk cuti2 nie nantilah K.A buat..
sbb gmbr takde.. tak besh nak wat entri gmbar takde..

nielah first time K.A rasa main sumer benda nie mcm nak bunuh diri.. 
fobia K.A nak main menda nih lagi..

ptg tadi, K.A ada wat latihan memandu kereta untuk kali terakhir sebelum ujian JPJ esok..
ha?? belajar memandu?? dah tuwe2 pown takde lesen lagi??
hahahaha... mesti pelik kan.. bkan ape.. dulu ingat nak ambik lpas SPM..
tapi sapa menyangka malang itu tak berbau rupanya.. hahaha..
K.A mengalami eksiden n patah lar tgn nie..
masih nmpk lagi tgn nie bengkok..
tul lah suka lagi merempit..
ehhhh jap.. mane ade merempit.. layan lap je.. hehehe..
pastu dah smbg belajar dah takde time nak buat lesen..
yelah kuat belajarlah katakan..
kuat ker??? kuatlah sgt... hahahah.. =)
takpelah yang penting harap-harap K.A  lulus ujian JPJ esok..
kepada yg lain doa2kanlah K.A, k..

hahaha.. lawak kartun nie.. tapi cikgu yang ajar K.A selalu menjerit-jerit.. yelah, dah K.A bawa mcm org gila.. hahahah.. harap-harap esok jgnlah JPJ menjerit.. heheheh... =)

Aku Insan Biasa


aku selalu tertanya
apa sebenarnya terjadi pada diriku
apa yang aku buat ini adakah betul??
atau sekadar melayan hati yang berduka
memang betul kata orang
pemergian seseorang itu membawa seribu kedukaan
aku tak menafikan semua itu
tapi untuk apa aku meratap dan menangis di atas pemergian itu
sudah menjadi lumrah datang dan pergi
mungkin tika itu aku masih dalam keadaan yang tidak matang
masih dalam jiwa remaja yang baru mengenal dunia

tapi aku sedar sesuatu yang amat penting
yang cinta pada allah dan rasul 
amat lebih dari segala-galanya 
yang ada di dunia yg fana ini
dah tiba masanya untuk aku berubah
menjadi lebih baik dan kembali padaNYa

aku juga amat bersyukur
tanpa kehadiran dye dalam hidupku
mungkin aku tak jadi seperti apa yang aku yang sekarang
aku amat berterima kasih pada dye 
walaupun dye dah hilang dalam hidupku 
tapi aku rasa amat bersalah buat dye sedemikian rupa
aku sedar kesalahan aku terhadap dye
walaupun beribu atau berjuta kemaafan telah ku beri
adakah dye mendengar lagi kata-kataku??
benarlah kata orang, susah untuk mendapatkan kembali kepercayaan

terkadang aku buntu memikirkan persoalan ini
aku takut nak berhadapan dengan dye
aku takut dye enggan melihat ku lagi
dan paling aku takut dye buang aku dalam hidup dye
adakah kesilapan aku ini merupakan kekhilafan aku yang lalu
mungkin aku alpa dan lalai
mungkin aku terlalu leka dengan dunia
hurmmm...

hidup didunia ini bukannya senang untuk kita tempuh
banyak dugaan dan cabaran yang perlu kita lalui
tapi jika kita berpegang teguh pada ajaranNYA
insyaallah segala apa yang datang 
mungkin tiada penghalang untuk kita laluinya
dengan sabar dan tabah

Saturday, January 1, 2011

Award di tahun baru!!


assalamualaikum dan selamat tahun baru

hari ni boleh terbangun lambat plak.. yelah semalam kan new year.. mesti nak kena sambut.. takkan nak dok umah je kan.. tapi malang betul lar semalam, cadang nak gi icity tgk bunga api tapi hajat tak kesampaian.. tersangkut pula kat jam kat highway.. arghh!!! tensionnya.. last2 sambut dalam kereta je.. =(
 erm takpelah menda dah lepas kan.. actuaally bukan nak citer ttg semalam kat sini.. just nak bgtaw apa yg jadi je smlm.. ok berbalik pada award nie.. pagi2 je tgk kat chat box K.A dah kena tagged dgn nelly..
thanks ya.. K.A akan buat yg terbaek punya.. heheh.. =)

1) Adakah awk sudah follow nelly???
 :: ermmm.. opcozlar sudah!! heheh =)

2) Apakah azam di tahun 2011 awak??? berikan 3 azam..
:: *berfikir sejenak.. haa...
- nak abiskan dip untuk sem last nie dgn jayanya
- nak dapat kerja yg terbaek lpas abis dip
- dan yg paling penting nak jadi seorang mukmin yg sejati. insyaallah..

3) Apakah awak still couple/akan couple dgn org tuh pd 2011 nie??
:: mcm mane nak ckap eks.. erm disini hanya mampu kata jodoh tak panjang.. huhuh..

4) Apakah perasaan awak tentang umur awak yg semakin TUWE??
:: arghhh!!! omg.. dah tuwelah.. haish.. xpe.. umor je tuwe, tpi muka still muda.. =)
perasaan eks.. erm.. harap lpas nie segala apa yg jadi sampai 2011 dijadikan sbg iktibar utk kita menjadi lebih dewasa.. bangga menjadi dewasa skunk.. hehehe.. =)

5) Tag 5 orang yang awak syg/blog awak rasa cantik..
:: oleh kerna blog nie baru lagi, so K.A tagged je sape2 eks... nie ha blog2 yg bertuah sgt.. hahah..