Sunday, January 23, 2011

Panahan Hidupmu


hidup ini umpama kita memanah pada satu sasaran
kita dah ada sasaran untuk kita panah
kita merasa inilah sasaran yang terbaik jika anak panah dilepaskan
tetapi apabila kita melepaskan panahan tersebut
terkadang panahan itu tidak tepat kena pada sasaran

kerna apa??
mungkin kita tidak tahu cara panahan yang betul
mungkin terdapat unsur-unsur lain yg menganggu panahan tersebut
atau mungkin kita tidak cukup bersedia untuk melepaskan panah itu
erm... tapi perlu ker kita berputus asa jika kita gagal??
perlu ker kita menangis jika kita tidak menepati sasaran itu??

tidakkan..
yang perlu kita buat hanyalah mencuba dan 
terus mencuba memanah ke sasaran dengan tepat
tak salah kalau kita ingin mencuba seberapa banyak kali 
walaupun kita tahu cubaan awal kita gagal
yang penting semangat untuk mencuba itu perlu ada dalam diri
dan kita perlu terima jika kita menghadapi kegagalan
kegagalan bukan bermaksud setakat ini perjuangan kita

tidak kawanku..
 kegagalan itu merupakan titik permulaan kita untuk berjaya
kesimpulannya, teruskan hidup walau apapun yang terjadi
jangan jadikan kegagalan itu satu alasan untuk kita berputus asa
berani menerima kenyataan walaupun kita tahu ia amat sukar
untuk kita hadapi
teruskan mencuba sehingga anak panah itu berada tepat pada sasarannya

2 comments:

  1. jgn cepat patah semangat kn....perlu lbh tabah....
    betul x tuan blog?hehehe

    ReplyDelete
  2. yup.. betul sgt2 tuh.. 10 markah untuk anda.. heheh.. jangan mengalah.. cuba sehabis mampu..

    ReplyDelete